Saturday, October 1, 2011

MEREKA FIKIR MEREKA SANGAT BERKUASA

Satu hari yang agak sunyi, datanglah dua orang tetamu yang menganggap diri mereka
sangat berkuasa. Tanpa salam dan poerkenalan, mereka terus tanya itu dan ini. Aku
yang masih mengamalkan adab dan sopan terus menyapa dan menghulurkan tangan
pada si tetamu perempuan yang agak sombong.

Setelah menghentam itu dan ini.....baru si tetamu lelaki sedar bahawa mereka belum
lagi memperkenalkan diri. Ada yang betul dan ada yang agak tidak betul dengan
tindak tanduk kedua tetamu itu. Apakah mereka fikir kami di pelusuk hutan ini
TAKUT dengan MEREKA itu??? Selagi kami tidak berbuat salah kenapa harus takut
pada orang seperti mereka?

Apalah yang mereka tahu tentang perasaan orang seperti kami yang tinggal dan terpaksa
berjauhan dengan keluarga, mereka hanya tahu mengugut dan memberi cadangan ....
kalau rasa diri terlalu hebat mengapa bukan mereka sahaja yang tinggal di sini....rasalah
ketidakselesaan dan kekurangan yang kami rasakan....jangan hanya pandai komen itu
dan ini...

TETAPI WALAU APAPUN KERENAH MEREKA....kami tetap mengucapkan ribuan
terima kasih kerana SUDI datang melawat kami di hutan ini..