Wednesday, April 25, 2012

Makna berkursus berbeza buat setiap individu

Berkursus memanglah perkara yang baik kerana banyak manfaatnya,
tetapi  kalau  kita mengikuti kursus tersebut hanya semata-mata lari
dari kesibukan kerja-kerja di sekolah...maka hasilnya memanglah
sia-sia dan hanya dapat penat sahaja...penat duduk..penat mata dan
penat  nak berfikir.

Saya bersama rakan-rakan pentadbir sekolah menghadiri kursus
sejak kelmarin dan akan berakhir esok..banyak yang sya peroleh
di sini. Ilmu, gelagat, dan pengalaman rakan lain banyak memberi
impak kepada diri yang bakal dibawa pulang ke sekolah kelak.

Banyak cerita2 dan video yang telah pernah saya dengar dan lihat 
tetapi tidak sedarpun ada pengajaran di sebalik semua itu...terima
kasih banyak2 kepada penceramah. Saya paling menyukai puan
penceramah ....mungkin kerana saya mengagumi  bentuk fizikalnya
yang agak kecil  dan cergas  amat tidak sepadan dengan umurnya 
yang telah bergelar warga emas. Saya ingin seperti dia...tetap bertenaga
dan mempunyai ilmu yang banyak.

Sunday, April 22, 2012


Dulu saya di sini....
Masa mula-mula sampai di sini..
bilik ini tidak seperti ini....dan saya pun mula
mengubahnya sedikit demi sedikit....selepas itu saya
dipindahkan pula ke tempat yang lain...



Di sinilah tempat baharu saya....hanya ada ini dan beberapa
harta yang ditinggalkan oleh orang terdahulu....saya terdiam
dan terkedu sekejap....nampaknya saya kena mula lagi.....

Dulu  saya ada ini...setelah berjaya mengubahnya.


Sekarang sya cuma ada ini.....tetapi saya tetap bersyukur.

Sekolah Dalam BAND

Kalau warga sekolah inginkan sekolah mereka cemerlang dan mendapat anugerah yang HEBAT
maka setiap daripada mereka WAJIB bekerja keras dan bekerjasama untuk meningkatkan
PRESTASI anak-anak murid dan sistem pentadbiran harus LUAR BIASA bukan sekadar BIASA-BIASA sahaja.

Seorang kawan berkongsi cerita dengan saya, apabila murid-murid kita  dalam kategori LUAR BIASA
maka kita  seharusnya bertindak LUAR BIASA dan akhirnya kita akan mendapat hasil yang LUAR BIASA.
Betul la tu...terima kasih wahai sahabatku.

Kaedah yang dicadangkan memang ada baiknya...sekurang-kurangnya warga pendidik dan pentadbir yang terlena dan terbiasa dengan slogan "BIASA-BIASA SAJA" akan terbuka hati dan minda agar berubah kepada satu perubahan yang dapat dikenang sebagai sesuatu yang amat berharga dalam sejarah perkhidmatan mereka.
Setiap sekolah ingin berada dalam band 1, harus berubah, harus komited, dan harus banyak bersabar.

Saya juga ingin sekolah saya berada dalam senarai sekolah yang hebat...tetapi mampukah saya dan rakan-rakan saya menyenaraikan sekolah kami dalam zon yang paling GEMILANG itu sedangkan kami dalam kawasan yang jauh dari capaian multimedia yang kelajuannya mengundang sejuta  rasa kebosanan. Fizikal sekolah yang tidak begitu mengizinkan.Namun begitu, saya pasti kami akan terus berusaha untuk menjadi salah sebuah sekolah yang cemerlang mengikut acuan kami sendiri dan berdasarkan apa yang kami ada.

Monday, November 28, 2011

Ketika Hati Tidak Teruja Lagi

Dulu..waktu baru sahaja bergelar ibu, seorang ibu
sangat teruja apabila akan tiba hari lahir anak-anaknya.
Teruja nak beli kek dan membuat majlis walaupun agak
sederhana bersama-sama kawan-kawan anak dan
sepupu-sepapat mereka.
Anak-anakpun begitu teruja menanti hari tersebut.
Alangkah indahnya saat-saat itu.

Sekarang ketika anak-anak telah membesar dan dewasa,
tambahan pula mereka tidak tinggal bersama si ibu
kerana melanjutkan pelajaran mereka. Si ibu selalu
terlupa akan hari lahir anak-anaknya. Bukan kerana
tidak menyayangi mereka, tetapi kerana faktor usia
ibu yang tidak mengizinkannya teringat akan hari-hari
yang dulunya amat dinantikannya.

Wahai anak-anak, maafkanlah ibubapa kamu yang semakin
tidak peka akan hari-hari yang agak penting buat kalian.

Monday, November 21, 2011

APABILA SI BODOH BERCAKAP

Pada satu hari, terdapat seorang yang agak bodoh datang membuat
bising di pejabat sekolah.
Si Bodoh : Kenapa anak saya tidak dapat..........????
Saya : Mungkin nama dia tercicir semasa digabung di pihak atasan.
Si Bodoh : Memang ni sekolah punya cara mentadbir salah..dari dulu pun macam
itu juga. Anak saya tiap-tiap hari datang sekolah tapi tidak dapat. Anak
orang lain yan malas pergi sekolah boleh pula dapat.
Saya : (terdiam sekejap...nak fikir apa yang harus saya bicarakan untuk
membuat dia diam)..macam ni lah, saya pun tidak dapat berbuat apa-apa
sekarangini, tapi untk tahun depan saya sudah buat permohonan dan kalau
encik mahu tengok silakan tengok di sini ( sambil menunjukkan fail saya ).
Si Bodoh : Buat apa saya tengok, saya memang tidak suka cara ni mentadbir sekolah.
Ini memang kerja si.............(menyebut nama orang terdahulu) saya tahu
memang ni kejra dia.
Saya : Kalau encik tidak puas hati encik boleh pergi ke ..............tanya dengan
Encik................supaya dia boleh beri penerangan yang lebih jelas.
Si Bodoh: Aahhh..sma saja bah itu.Mo pigi sana pun sama saja jawapan dia. Ini kerajaan
memang tidak adil, kalau mahu bagi...bagi sajalah.Durang cakap duit kerajaan.
Bagus kalau duit kerajaan, duit rakyat bah itu. Cukai yang rakyat bayar durang
ambil.
Begitulah agak2 si Bodoh tadi bercakap dengan lantangnya....dalam hati saya tertanya2 juga,
siapa sebenarnya yang bayar cukai..dia (tidak bekerja dan tidak mempunyai pendapatan
tetap) atau kami yang bekerja dengan bertungkus-lumus??? Begitulah adatnya manusia,
benda percuma kalau tidak dapat mulalah mengamuk dan bercakap ikut suka mulut.
Bijak sungguh dia berkata-kata tetapi sangat tidak bijak di mata saya yang mendengarnya.

Saturday, November 12, 2011

Salah siapakah?

Kejohanan MSS Zon 4 telah pun berlalu dengan sederhana jayanya.
Kelihatan pasukan lawan agak menggerunkan....dan memangpun,
mereka agak hebat daripada kami.

Pada hari pertama sampai di sana...agak kecewa juga kerana tidak
ada sesiapapun yang menyambut kami untuk menunjukkan di mana
kami menginap. Terdapat dua pengawal di situ tetapi mereka berdua
hanya meninjau-ninjau kami dari atas. Kami yang termangu-mangu
memikirkan ke mana hendak dituju...bertanya kepada mereka tetapi
sayang sekali mereka pun tidak tahu kata mereka. Salah siapakah???

Akhirnya Pengurus kami terus sahaja memanjat anak-anak tangga yang
agak banyak ke atas. Ohh...di situ sahaja rupanya tempat kami menginap,
dalam kelas yang sudah dikosongkan. Huuhhh..penatnya memanjat anak tangga
dari pengkalan tadi.

Keesokan harinya, ingatkan tidak ada lagi anak tangga yang akan dipanjat.
Ada lagi rupanya...sampai di atas hati amat terharu melihat keadaan padang
yang sangat menyedihkan keadaannya. Kasihannya pihak penganjur sukan
kali ini, mereka bukan tidak menolak sebelumnya untuk menjadi tuan rumah
tetapi pihak yang lain mahu juga mereka menjadi tuan rumah. Tahniah untuk
tuan rumah kerana berusaha mengadakan padang walaupun agak daif keadaannya.
Salah siapakah????


Hari terakhir, kami pun berkemas untuk pulang. Telah dijangkakan kami akan
pulang dengan tangan kosong, tanpa sebarang pingat. Kecewa sekali tetapi setelah
diperhalusi sebabnya.....kami kurang bersedia untuk bertanding. Terlalu sambal
lewa...tambah lagi cuti seminggu selepas peperiksaan akhir tahun. Selepas itu,
sukan sekolah pula....kebanyakan atlit hanya datang pada hari pertandingan tanpa
latihan. Salah siapakah?????

Pengajaran yang diperoleh daripada peristiwa tersebut ialah, kalau kita hendak
berjaya mesti ada kesungguhan dan usaha yang berlipat ganda. Kita tidak payah lagi
menuding jari kepada seseorang....kita harus muhasabah diri.