Monday, November 28, 2011

Ketika Hati Tidak Teruja Lagi

Dulu..waktu baru sahaja bergelar ibu, seorang ibu
sangat teruja apabila akan tiba hari lahir anak-anaknya.
Teruja nak beli kek dan membuat majlis walaupun agak
sederhana bersama-sama kawan-kawan anak dan
sepupu-sepapat mereka.
Anak-anakpun begitu teruja menanti hari tersebut.
Alangkah indahnya saat-saat itu.

Sekarang ketika anak-anak telah membesar dan dewasa,
tambahan pula mereka tidak tinggal bersama si ibu
kerana melanjutkan pelajaran mereka. Si ibu selalu
terlupa akan hari lahir anak-anaknya. Bukan kerana
tidak menyayangi mereka, tetapi kerana faktor usia
ibu yang tidak mengizinkannya teringat akan hari-hari
yang dulunya amat dinantikannya.

Wahai anak-anak, maafkanlah ibubapa kamu yang semakin
tidak peka akan hari-hari yang agak penting buat kalian.

Monday, November 21, 2011

APABILA SI BODOH BERCAKAP

Pada satu hari, terdapat seorang yang agak bodoh datang membuat
bising di pejabat sekolah.
Si Bodoh : Kenapa anak saya tidak dapat..........????
Saya : Mungkin nama dia tercicir semasa digabung di pihak atasan.
Si Bodoh : Memang ni sekolah punya cara mentadbir salah..dari dulu pun macam
itu juga. Anak saya tiap-tiap hari datang sekolah tapi tidak dapat. Anak
orang lain yan malas pergi sekolah boleh pula dapat.
Saya : (terdiam sekejap...nak fikir apa yang harus saya bicarakan untuk
membuat dia diam)..macam ni lah, saya pun tidak dapat berbuat apa-apa
sekarangini, tapi untk tahun depan saya sudah buat permohonan dan kalau
encik mahu tengok silakan tengok di sini ( sambil menunjukkan fail saya ).
Si Bodoh : Buat apa saya tengok, saya memang tidak suka cara ni mentadbir sekolah.
Ini memang kerja si.............(menyebut nama orang terdahulu) saya tahu
memang ni kejra dia.
Saya : Kalau encik tidak puas hati encik boleh pergi ke ..............tanya dengan
Encik................supaya dia boleh beri penerangan yang lebih jelas.
Si Bodoh: Aahhh..sma saja bah itu.Mo pigi sana pun sama saja jawapan dia. Ini kerajaan
memang tidak adil, kalau mahu bagi...bagi sajalah.Durang cakap duit kerajaan.
Bagus kalau duit kerajaan, duit rakyat bah itu. Cukai yang rakyat bayar durang
ambil.
Begitulah agak2 si Bodoh tadi bercakap dengan lantangnya....dalam hati saya tertanya2 juga,
siapa sebenarnya yang bayar cukai..dia (tidak bekerja dan tidak mempunyai pendapatan
tetap) atau kami yang bekerja dengan bertungkus-lumus??? Begitulah adatnya manusia,
benda percuma kalau tidak dapat mulalah mengamuk dan bercakap ikut suka mulut.
Bijak sungguh dia berkata-kata tetapi sangat tidak bijak di mata saya yang mendengarnya.

Saturday, November 12, 2011

Salah siapakah?

Kejohanan MSS Zon 4 telah pun berlalu dengan sederhana jayanya.
Kelihatan pasukan lawan agak menggerunkan....dan memangpun,
mereka agak hebat daripada kami.

Pada hari pertama sampai di sana...agak kecewa juga kerana tidak
ada sesiapapun yang menyambut kami untuk menunjukkan di mana
kami menginap. Terdapat dua pengawal di situ tetapi mereka berdua
hanya meninjau-ninjau kami dari atas. Kami yang termangu-mangu
memikirkan ke mana hendak dituju...bertanya kepada mereka tetapi
sayang sekali mereka pun tidak tahu kata mereka. Salah siapakah???

Akhirnya Pengurus kami terus sahaja memanjat anak-anak tangga yang
agak banyak ke atas. Ohh...di situ sahaja rupanya tempat kami menginap,
dalam kelas yang sudah dikosongkan. Huuhhh..penatnya memanjat anak tangga
dari pengkalan tadi.

Keesokan harinya, ingatkan tidak ada lagi anak tangga yang akan dipanjat.
Ada lagi rupanya...sampai di atas hati amat terharu melihat keadaan padang
yang sangat menyedihkan keadaannya. Kasihannya pihak penganjur sukan
kali ini, mereka bukan tidak menolak sebelumnya untuk menjadi tuan rumah
tetapi pihak yang lain mahu juga mereka menjadi tuan rumah. Tahniah untuk
tuan rumah kerana berusaha mengadakan padang walaupun agak daif keadaannya.
Salah siapakah????


Hari terakhir, kami pun berkemas untuk pulang. Telah dijangkakan kami akan
pulang dengan tangan kosong, tanpa sebarang pingat. Kecewa sekali tetapi setelah
diperhalusi sebabnya.....kami kurang bersedia untuk bertanding. Terlalu sambal
lewa...tambah lagi cuti seminggu selepas peperiksaan akhir tahun. Selepas itu,
sukan sekolah pula....kebanyakan atlit hanya datang pada hari pertandingan tanpa
latihan. Salah siapakah?????

Pengajaran yang diperoleh daripada peristiwa tersebut ialah, kalau kita hendak
berjaya mesti ada kesungguhan dan usaha yang berlipat ganda. Kita tidak payah lagi
menuding jari kepada seseorang....kita harus muhasabah diri.

Saturday, October 1, 2011

MEREKA FIKIR MEREKA SANGAT BERKUASA

Satu hari yang agak sunyi, datanglah dua orang tetamu yang menganggap diri mereka
sangat berkuasa. Tanpa salam dan poerkenalan, mereka terus tanya itu dan ini. Aku
yang masih mengamalkan adab dan sopan terus menyapa dan menghulurkan tangan
pada si tetamu perempuan yang agak sombong.

Setelah menghentam itu dan ini.....baru si tetamu lelaki sedar bahawa mereka belum
lagi memperkenalkan diri. Ada yang betul dan ada yang agak tidak betul dengan
tindak tanduk kedua tetamu itu. Apakah mereka fikir kami di pelusuk hutan ini
TAKUT dengan MEREKA itu??? Selagi kami tidak berbuat salah kenapa harus takut
pada orang seperti mereka?

Apalah yang mereka tahu tentang perasaan orang seperti kami yang tinggal dan terpaksa
berjauhan dengan keluarga, mereka hanya tahu mengugut dan memberi cadangan ....
kalau rasa diri terlalu hebat mengapa bukan mereka sahaja yang tinggal di sini....rasalah
ketidakselesaan dan kekurangan yang kami rasakan....jangan hanya pandai komen itu
dan ini...

TETAPI WALAU APAPUN KERENAH MEREKA....kami tetap mengucapkan ribuan
terima kasih kerana SUDI datang melawat kami di hutan ini..

Monday, September 5, 2011

Raya raya raya


Setelah kemeriahan berlalu.......

Semuapun beredar ke haluan masing-masing.
Relakah tidak relakah mesti berlalu juga.
Aku kadang-kadang teringin buat tidak peduli shaja...
Tetapi apabila teringat akibatnya...kena jugalah ambil peduli.


Sunday, August 21, 2011

Kadang-kadang malas menyapa dan syaitanpun berbisik........

Esok hari Isnin....semua warga sekolah harus berada di sekolah.
Tetapi memang dasar manusia...kekadang PENYAKIT MALAS..
akan hadir pada hari-hari seperti ini. Mulalah merancang dan berfikir
apa agaknya alasan yang sangat sesuai kalau aku tidak ke sekolah
hari esok. syaitanpun....mulalah membakar api KEMALASAN dan
meniupnya ke telinga. Tetapi ustaz kata bulan puasa semua syaitan
dikurung dan diikat !?

Ai....andai saja ada anak murid yang terbaca coretan ini. Apa agaknya
tanggapan mereka?



A moment to remember....


Fav..flower


Kenapa orang tanam bunga ni menjadi?
Kenapa bila saya yg tanam..tak mahu pun berbunga cantik mcm ni?
Ee...bikin panas!!!





Kena suruh nyanyi jga sb gb n pk 1 udah nyanyi ....
eeee.....bikin malu bah. sda la x tau lg tu irama lagu..main nyanyi ja
sbnarnya baca lirik lagu ja....x mo lg buat pd msa akn datang.


Gambar ramai2 dengan penari skks....comeynya mereka.

Acara potong kek hari guru.


SAMBUTAN HARI GURU SK K.SALONG

Belum smpai sebulan bertugas di sini...
buat sambutan hari guru yang agak meriah drp
yang pernah disambut sebelum ini..terima kasih semua guru sk kuala salong
kamu memang sporting abis.