Monday, November 28, 2011

Ketika Hati Tidak Teruja Lagi

Dulu..waktu baru sahaja bergelar ibu, seorang ibu
sangat teruja apabila akan tiba hari lahir anak-anaknya.
Teruja nak beli kek dan membuat majlis walaupun agak
sederhana bersama-sama kawan-kawan anak dan
sepupu-sepapat mereka.
Anak-anakpun begitu teruja menanti hari tersebut.
Alangkah indahnya saat-saat itu.

Sekarang ketika anak-anak telah membesar dan dewasa,
tambahan pula mereka tidak tinggal bersama si ibu
kerana melanjutkan pelajaran mereka. Si ibu selalu
terlupa akan hari lahir anak-anaknya. Bukan kerana
tidak menyayangi mereka, tetapi kerana faktor usia
ibu yang tidak mengizinkannya teringat akan hari-hari
yang dulunya amat dinantikannya.

Wahai anak-anak, maafkanlah ibubapa kamu yang semakin
tidak peka akan hari-hari yang agak penting buat kalian.

No comments:

Post a Comment