Saturday, November 12, 2011

Salah siapakah?

Kejohanan MSS Zon 4 telah pun berlalu dengan sederhana jayanya.
Kelihatan pasukan lawan agak menggerunkan....dan memangpun,
mereka agak hebat daripada kami.

Pada hari pertama sampai di sana...agak kecewa juga kerana tidak
ada sesiapapun yang menyambut kami untuk menunjukkan di mana
kami menginap. Terdapat dua pengawal di situ tetapi mereka berdua
hanya meninjau-ninjau kami dari atas. Kami yang termangu-mangu
memikirkan ke mana hendak dituju...bertanya kepada mereka tetapi
sayang sekali mereka pun tidak tahu kata mereka. Salah siapakah???

Akhirnya Pengurus kami terus sahaja memanjat anak-anak tangga yang
agak banyak ke atas. Ohh...di situ sahaja rupanya tempat kami menginap,
dalam kelas yang sudah dikosongkan. Huuhhh..penatnya memanjat anak tangga
dari pengkalan tadi.

Keesokan harinya, ingatkan tidak ada lagi anak tangga yang akan dipanjat.
Ada lagi rupanya...sampai di atas hati amat terharu melihat keadaan padang
yang sangat menyedihkan keadaannya. Kasihannya pihak penganjur sukan
kali ini, mereka bukan tidak menolak sebelumnya untuk menjadi tuan rumah
tetapi pihak yang lain mahu juga mereka menjadi tuan rumah. Tahniah untuk
tuan rumah kerana berusaha mengadakan padang walaupun agak daif keadaannya.
Salah siapakah????


Hari terakhir, kami pun berkemas untuk pulang. Telah dijangkakan kami akan
pulang dengan tangan kosong, tanpa sebarang pingat. Kecewa sekali tetapi setelah
diperhalusi sebabnya.....kami kurang bersedia untuk bertanding. Terlalu sambal
lewa...tambah lagi cuti seminggu selepas peperiksaan akhir tahun. Selepas itu,
sukan sekolah pula....kebanyakan atlit hanya datang pada hari pertandingan tanpa
latihan. Salah siapakah?????

Pengajaran yang diperoleh daripada peristiwa tersebut ialah, kalau kita hendak
berjaya mesti ada kesungguhan dan usaha yang berlipat ganda. Kita tidak payah lagi
menuding jari kepada seseorang....kita harus muhasabah diri.

No comments:

Post a Comment