Wednesday, October 6, 2010

Mengapakah birokrasi harus wujud??
Mengapa ketidakadilan hadir dalam kalangan kita?
Mengapa pula kikta tidak terdaya menangani semua itu?
Apakah harus ada kekuatan diri?
Apakah harus ada keyakinan?
Ya..harus ada.

Sunday, May 23, 2010

HANYA SEBUAH LUAHAN RASA

Hari ini sehari suntuk aku menghadap laptopku.
Banyak perkara yang ingin dibina, diperbaiki,
diubahsuai dan dicoret untuk dikongsi bersama.
Sebagai seorang guru Bahasa Melayu, aku mencuba
sedaya upaya menulis dan menggunakan bahasa baku
serta mengelak daripada menggunakan perkataan
singkatan seperti yang biasa ditulis atau digunakan
semasa menaip mesej pada telefon bimbit kita.
Lagi pula, apa reaksi pelajar-pelajar apabila
terserempak dengan blog ini, cikgu mereka yang
mengajar bagai nak rak dan nak runtuh papan tulis
dalam bilik darjah mereka tu,rupanya sama juga
macam yang lain-lain atau dalam kata lain sama
macam mereka juga.Ayat tidak lengkap, ayat tidak
gramatis atau penggunaan kata tidak tepat dan paling
utama ejaan tidak betul. Bagaimana boleh jadi betul jika
'kerja' pun ditaip seperti ...'kja'?
'masih' - 'msh' ( cuba sebut kalau berani >>: )


sedang boring di sini...

PERTELINGKAHAN ANTARA GURU DENGAN MURID

Hari Jumaat lalu adalah hari persekolahan biasa, peperiksaan semester satu
telah pun selesai. Pada hari tersebut guru-guru sibuk memulangkan semula
kertas jawapan yang telah diperiksa.

Maka bermulalah komunikasi dua hala murid dan guru. Guru yang begitu yakin
dengan jawapan-jawapan yang disediakan tiba-tiba terpaku dengan soalan
yang disangkal oleh seorang daripada muridnya. Penggunaan perkataan
'belaka' yang bermaksud semua atau keseluruhannya.
Ayat contoh ; Anak perempuan Pak Hamid cantik-cantik belaka.
Anak murid tersebut berkata bahawa penggunaan kata belaka pada ayat tersebut
tidak tepat.
Guru yang bertanggung jawab menyediakan soalan pun mula tergugat
lantas dia bertanya ; "Mengapa kamu berkata begitu, apa rasionalnya?"

Murid cerdik itu pun menjawab dengan begitu yakin ; "Bapa saya yang memeriksa
kertas soalan saya, dan dia kata ayat tersebut tidak betul."

Guru itu pun berusaha mententeramkan gelojak perasaannya. Dia tetap dengan
pendiriannya. Markah telah diberi dan tidak boleh diubah semula, lalu sesi
itupun berlalu begitu sahaja.

Setibanya di bilik guru, diapun bertanya kepada kawan-kawannya tentang
perbalahan tadi.Penyelesaiannya mudah sekali....murid itu memang BENAR.
Ayat tersebut salah sebenarnya...oohh cikgu..lain kali kena semak apa-apa
sahaja yang akan diberi atau diajar kepada anak-anak murid kita kerana
anak-anak zaman sekarang lebih pandai dan peka darpada zaman kanak-kanak
kita dahulu. Oleh itu, berwaspadalah.

Soalan Bahasa Melayu bahagian C.

Tulis dua pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada teks di atas.
( Soalan ini DIKHASKAN UNTUK GURU-GURU SAHAJA )

Thursday, May 20, 2010

MINGGU PEPERIKSAAN SEMESTER 1 2010

Minggu yang mendebarkan bagi guru-guru
tetapi sebaliknya minggu ini adalah
minggu bersuka ria bagi murid-murid.
Mungkin bagi mereka, lepas sahaja minggu
peperiksaan bermakna cuti akan bermula
Tiga minggu pula tu, satu waktu agak lama
untuk bercuti dan berseronok.

Kertas Bahasa Melayu sudah tiga hari berlalu.
Semuanya telah diperiksa termasuklah penulisan
yang agak sukar dinilai kerana ramai pelajar
masih tidak menguasai pembinaan ayat yang gramatis
kerana kekurangan kosa kata dan idea.

Tuesday, April 20, 2010

Catatan pertama 2010


Salam bertemu kembali.
Hari ini buat blog baharu.
Blog dulu telah dipadam...
berpindah ke sekolah baharu.
Gambar di atas, gambar kelas dan murid-murid pertamaku.
Dua minggu kemudian, aku ditukarkan ke sidang pagi pula.
Tanpa kerelaan....sehinggalah sekarang.