Sunday, May 23, 2010

PERTELINGKAHAN ANTARA GURU DENGAN MURID

Hari Jumaat lalu adalah hari persekolahan biasa, peperiksaan semester satu
telah pun selesai. Pada hari tersebut guru-guru sibuk memulangkan semula
kertas jawapan yang telah diperiksa.

Maka bermulalah komunikasi dua hala murid dan guru. Guru yang begitu yakin
dengan jawapan-jawapan yang disediakan tiba-tiba terpaku dengan soalan
yang disangkal oleh seorang daripada muridnya. Penggunaan perkataan
'belaka' yang bermaksud semua atau keseluruhannya.
Ayat contoh ; Anak perempuan Pak Hamid cantik-cantik belaka.
Anak murid tersebut berkata bahawa penggunaan kata belaka pada ayat tersebut
tidak tepat.
Guru yang bertanggung jawab menyediakan soalan pun mula tergugat
lantas dia bertanya ; "Mengapa kamu berkata begitu, apa rasionalnya?"

Murid cerdik itu pun menjawab dengan begitu yakin ; "Bapa saya yang memeriksa
kertas soalan saya, dan dia kata ayat tersebut tidak betul."

Guru itu pun berusaha mententeramkan gelojak perasaannya. Dia tetap dengan
pendiriannya. Markah telah diberi dan tidak boleh diubah semula, lalu sesi
itupun berlalu begitu sahaja.

Setibanya di bilik guru, diapun bertanya kepada kawan-kawannya tentang
perbalahan tadi.Penyelesaiannya mudah sekali....murid itu memang BENAR.
Ayat tersebut salah sebenarnya...oohh cikgu..lain kali kena semak apa-apa
sahaja yang akan diberi atau diajar kepada anak-anak murid kita kerana
anak-anak zaman sekarang lebih pandai dan peka darpada zaman kanak-kanak
kita dahulu. Oleh itu, berwaspadalah.

Soalan Bahasa Melayu bahagian C.

Tulis dua pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada teks di atas.
( Soalan ini DIKHASKAN UNTUK GURU-GURU SAHAJA )

No comments:

Post a Comment